Sunday, May 31, 2009

ALBUM DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT dah masuk studio!




walaupun dana masih belum cukup, album MEOR- DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT sudah memulakan proses awal rakamannya. Tuan/puan boleh terus menderma walaupun RM1 untuk merealisasikan album yang bakal mencatat sejarah kerana menyampaikan suara rakyat marhaen.











Meor cukup bersemangat untuk menghasilkannya apatah lagi sambutan peminat setiap kali mengadakan persembahan amat hangat dan menunggu-nunggu kemunculan album ini. Sudahkah anda bersedia mendengarkan AWAS API PEREMPUAN INI (Meor/ Rahmat Haron), BAPAKKU SEORANG YB (Meor/ Pyanhabib), SYUHADA MEMALI (Meor/Black), KE JALAN LAGI (Meor/Hishamuddin Rais) dan sentuhan rakan-rakan lain lagi seperti Zunar, Abdullah Jones, Ubilepih dan lain-lain.

di Homegrown Space


23 Mei 2009, Meor dan Black perform di Homegrown Space

Saturday, May 30, 2009

Cakap Rakyat Group di Pekan Frinjan, Dataran Shah Alam

30 Mei 2009- Dataran Shah Alam

Meor menyampaikan lagu "I.S.A" dan "Tragedi Memali" dan Black dengan "Revolusi 48". Lagu penutup atas permintaan ramai disampaikan Black bertajuk "Dr. Burhanuddin Helmi".
(Penyanyi latar- KulupSakah dan Rahmat Haron)

CHECK MATE!


bumi mana lagi kau nak lari
lobang mana lagi kau cuba sembunyi
kini tinggal kita di tengah gelanggang
seorang sama seorang

Masih terasa lagi pedih otakku kau cengkam
dengan kukumu yang tajam dan panjang
tenteraku dan tenteramu dah lama mati
yang tinggal hanya kita di sini

Segeralah kau hubungi ibumu
minta ampun maaf dan pohon restu
halalkan makan minum dan susu
sebelum kau kena penanganku

nak jadi jagoan kena cari lawan yang padan
baru orang boleh panggil kau pahlawan
jangan berkokok hebat macam si jantan
tapi sebenarnya bacul macam pondan

kau tak boleh lari (check mate)
kau dah nak mati (check mate)
kau tak mampu berdiri lagi (check mate)
nak senyum pun tak ada gigi!