Sunday, June 14, 2009

Elizabeth Wong terpaksa batalkan untuk hadir dan buat persembahan di Malam Seni Rakyat 4 Julai 2009

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk membuat persembahan pada Malam Seni Rakyat 4 Julai 2009 terpaksa membatalkan hasratnya oleh kerana terdapat komitmen lain yang lebih penting.

Tak mengapa, Cakap Rakyat Group memahami kesibukan tugasan beliau sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Diharapkan dalam program Cakap Rakyat Group akan datang, Eli dapat bersama-sama untuk membuat persembahan.

1 comment: