Friday, September 18, 2009
Salam Aidilfitri dari CRG Communication
Ada satu berita baik kepada semua, Album Dari Rakyat Untuk Rakyat (D.R.U.R) akan berada dipasaran selepas raya ini. Sekarang didalam proses mixing dan mastering. Nantikanlah.....
Datu lagi, pelancaran album juga akan dianjurkan pada minggu pertama bulan Oktober. Kami akan meklumkan lokasi dan tarikhnya selepas confirm.
Dalam menyambut lebaran tahun ini, anda dinasihatkan menyimpan duit sekurang-kurangnya RM 20. Ini agar anda masih berpeluang untuk mendapatkan album D.R.U.R selepas raya ini.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua dari CRG.
Amin Iskandar,
Penerbit Eksekutif D.R.U.R.
Tuesday, July 7, 2009
malamsenirakyat: sebuah catatan peribadi!
wajar rasanya aku buat catatan ni kerana pilot project kami ni mencatat kejayaan yang cukup manis. Seperti kata Dalyanoon, "PUAS!" sampai kami tak de selera malam tu. Kenyang rohani!..Sebenarnya Pn. Sham lah yang memutar semua ni. Dari proposal dan susun budget, cari dana, meyakinkan Adun Kajang YB Cikgu Lee untuk menjadi penganjur bersama, menempah hotel, menggantung banner hinggalah menyusun kerusi. Ina uruskan catering. Kehadiran kawan2 sukarelawan seperti Dalyanoon, Rodzi Jawaher, Firdaus meringankan beban. Rosli, Syakir dan Nazri ( bertugas jadi drebar Pak Samad) serta geng2 Akil gantung banner sekitar Kajang, Hulu Langat dan Bangi.
6.30 ptg: budak sekolah ni melompat gembira nampak Pyanhabib dan nak ambil gambar. "Saya memang minat Pyanhabib. Btulke Pak Samad ada malam ni?"..dan budak ni terus stay dengan baju sekolahnya sampai malam.
Suboh Balakong (kanan sekali) menyingsing lengan membantu jual t-shirt dan CD Meor, Nik dan Black yang licin licau! Yang kiri (cacat penglihatan) dan tengah tu geng Isham Rais bermotosikal dari JB ikut jalan kampung semata2 nak tengok show ni. Aku terharu macam nak nangis!
Ina (incas katering) dan Rodzi Jawaher memaksa Pyanhabib mengikat banner tambahan depan dewan
uncle Hee Kai, otai Kajang sengaja aku jemput kerana dia selalu menyanyi setiap kali berjumpa dengan aku. Lagu itulah "Bersatu Reformasi" dengan tiupan harmonikanya. Lagu yang senikatanya diubahsuai sedikit mengikut arus zaman ini pernah dinyanyikannya pada tahun 1956 di Old Port Kallang, Singapura sewaktu perhimpunan 100ribu menuntut kemerdekaan.
Sengaja aku letakkan Nik pada awal persembahan kerana aku tahu keupayaan Nik menghangatkan suasana yang masih sejuk. Nik berjaya malam tu..(siap pakai spek oo!). "Bersiaplah Untuk Sebuah Revolusi" dan "Nyanyian Para Malaikat"
Aku tengok ramai yang tertarik mengambil foto bayang Rahmat sedang membaca sajak panjang bertajuk 'Petroleum". Memang cantik! Rahmat kena taruk dalam blog dia sebgai satu karya artistik!
Aku tak pernah jumpa Mei Chern sebelum ni walaupun dia berkolaborasi di dalam album DRUR Meor. Malam tu sekuntum bunga cina ini nyanyi lagu ciptaannya "Do You see me like You" dan AWAS API Perempuan itu (dedikasi untuk Shamsiah Fakeh) lagu Meor puisi Rahmat Haron
Hishamuddin "TukarTiub" Rais gegar dewan dengan stand up comedynya. Kah Kah Kah! (gelak dia)..kami sedikit berbincang kerana kami sama2 minat buat stand up comedy. Ruang kosong ni patut diisi dan dibangunkan kerana katanya penonton lebih terbuka menerima sesuatu yang panas dalam keadaan mereka ketawa. Mamat yang mabuk tadi mula sedikit bising setiap kali Hisham bagi punch dia akan sahut "f**k off!", "f**k off!"..mujurlah dia blah lepas tu. Ada yang kata dia menjerit kat luar! Pelik!
YB Kajang, Cikgu Lee Kim Sin sebenarnya dah baca sajak mula-mula acara tadi tapi sekali lagi bangun mengiringi Pak Samad dan baca sajak untuk Pak Samad yang dikarangnya spontan.
hohoho! Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said bikin khalayak terpukau dengan salah satu sajaknya "Peludah Bahasa".
lagu akhir malam tu, lagu panas yang selalu diminta walaupun album tak keluar lagi.."Syuhada Memali" dan "ISA".
Gua puas, Sham puas. YB tersengih lebar! terus rakamkan gambar dengan kawan2 dan yang lain2. Aku gembira Nora Reformis yang dah lama tak jumpa hadir dengan blogger Anuar Md. Nor (dulu web UMNO Reform), zaid, Arip, kak N dan abang Bad GMI, Hasni Abas s/u Gerakan anti PPSMI, Jasadbeku, otai Manjung, lawyer muda Fad dan Puspa pun ada..syafiqsunny AnwarIbrahimClub juga ada.
..rehat selepas show. Pyan barangkali sedang menunggu adik comotnya datang.
Letih tapi puas. Aku sekeluarga tidur hotel terdekat kerana awal paginya aku terpaksa hantar Pak Samad naik komuter pulang. Ceh! Apa yang lebih menyeronokkan dapat bersarapan pagi dengan pak Samad dan isteri? Pak Samad seronok program malam tu berjaya, khalayak tak cabut awal malah terus setia hingga habis. Pak Samad juga bangga ramai anak muda begini!
Aku seronok kerana dapat sepentas dengan mereka seperti dua hari sebelumnya aku sepentas dengan IR Nizar.
Saturday, July 4, 2009
Malam Seni Rakyat di Kajang
Diambil dari sini.
Siri kedua program merakyatkan seni berjaya diadakan malam tadi di Kajang. Kehadiran yang memberansangkan meransangkan lagi keinginan untuk mengadakan program ini ditempat-tempat lain.
Insyaallah…sekiranya keadaan politik negara mengizinkan…program sebegini akan menemui rakyat disetiap pelusuk tanahair.
Amin Black dengan Meor membuat promo diluar dewan beberapa jam sebelum program bermula.
Nik menyampaikan lagu “Revolusi” diawal persembahan.
Mei Chern menyampaikan dua buah lagu. “do you see me like you?” yang mengisahkan tentang perjuangan menjaga alam sekitar, dan sebuah lagu bertajuk “Api”, yang mengisahkan perjuangan seorang wanita bernama Shamsiah Fakeh.
Rahmat Haron menyampaikan sebuah sajak panjang berjudul “Petroleum”
Hishamuddin Rais bercerita tentang kisah-kisah politik semasa.
Pyanhabib mendapat tepukan bergemuruh dari penonton dengan sajak yang berjudul “Bapa ku seorang YB”
Lagu yang paling diminati masa kini, “I.S.A” disampaikan oleh Meor, Nik, Rahmat, Kulup Sakah dan Amin Black.
Star of the night…Pak Samad Said dengan sajak-sajak tentang perjuangan mememartabatkan bahasa Melayu.
Cikgu Lee juga sempat menyampaikan sebuah puisi khas untuk Pak Samad.
Diantara penonton malam tadi.
Friday, July 3, 2009
Malam seni rakyat di Kajang esok
Jimadie Shah Othman
Jul 3, 09
6:25pm
Sekumpulan seniman yang yang terlibat dengan gerakan reformasi 1998 akan bergabung tenaga dalam satu majlis khas malam esok untuk menyampaikan mesej kritikan politik dan sosial.
Lapan seniman tersebut akan menyampaikan bacaan sajak, lagu puisi serta persembahan komedi sebagai mengisi kekosongan "hiburan alternatif" di Malaysia untuk rakyat.
Sasterawan Negara A Samad Said yang terlibat mengerakkan demonstrasi behubung isu bahasa pada 7 Mac lalu, bekas aktivis pelajar sekitar 70-an Hishamuddin Rais dan penyair terkenal Pyanhabib, adalah antara yang akan menjayakan persembahan itu esok.Manakala penyanyi Meor, Amin Iskandar, Mei Chern dan penyair Rahmat Haron akan turut membuat persembahan "Malam Seni Rakyat".
Amin, selaku jurucakap pihak penganjurnya - Cakap Group - berkata beberapa isu, antaranya bertemakan penentangan terhadap ISA dan sindiran terhadap konsep '1Malaysia' yang diilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disentuh.
Amin berkata, mereka menganjurkan program itu bagi menyediakan ruang kepada artis alternatif untuk menyuarakan hasrat rakyat yang jarang mendapat tempat dalam media arus perdana dan tidak diambil kisah oleh kerajaan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat.
"Di negeri Pakatan sekalipun, kita tidak nampak keseriusan untuk mengangkat hiburan alternatif. Mereka cuma hendak kitar semula artis lama yang sudah tidak laku di arus perdana," katanya
Menyifatnya perkara itu sebagai mentaliti Umno, Amin berkata, Cakap Group berharap, selain Kajang, ia dapat membuat persembahan yang sama di tempat-tempat lain di Selangor.
Hasil kutipan derma malam esok juga akan digunakan bagi membiayai penerbitan album reformasi - Dari Rakyat untuk Rakyat - yang kini sedang dalam pembikinan, katanya.
Malam seni rakyat - yang dianjurkan bersama Pejabat ADUN Kajang - akan berlangung di Dewan Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, bermula jam 9 malam. Masuk adalah percuma.
Ditubuhkan pada Disember tahun lalu, Cakap Rakyat merupakan gabungan longgar beberapa seniman bagi menyuarakan isu-isu rakyat melalui wadah seni.
Thursday, July 2, 2009
ESOK: Malam Seni Rakyat
Esok bersamaan dengan 4 Julai 2009 pada pukul 9 malam akan diadakan "Malam Seni Rakyat" di Dewan Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (belakang Stadium Kajang).Karyawan-karyawan seperti didalam poster.
Jika anda tak tahu apa nak buat malam minggu ni, datanglah beramai-ramai. Bawak kawan
dan keluarga!
Monday, June 29, 2009
Kelas Gitar
Kelas gitar ini fokus kepada "Gitar Akustik" atau lebih mesra dengan penggilan "gitar tong".
Antara yang boleh dipelajari dari kelas gitar CRG ialah:
1) Basic
2) Chords
3) Chords Progession
4) finger-picking
5) plucking patern
6) Strumming patern
7) menyanyi/mencipta lagu
8) solo gitar
Guru yang akan mengajar:
Meor Yusof Aziddin (Meor) seorang penyanyi dan pencipta lagu folk yang tidak asing lagi.
Waktu Kelas Gitar CRG
Isnin - Jumaat: 8 malam - 10.30 malam
Sabtu-Ahad: 10 pagi - 1 tengah hari
Bayaran pendaftaran: RM 20
Yuran bulanan: RM 120.00
Setiap sessi: 45 minit (seminggu sekali)
Yuran bulanan perlu dibayar setiap awal bulan (1hb-7hb)
ANDA PERLU MEMBAWA GITAR SENDIRI
Untuk pendaftaran, sila hubungi Amin Iskandar di amin@aminiskandar.com.
Sunday, June 14, 2009
Elizabeth Wong terpaksa batalkan untuk hadir dan buat persembahan di Malam Seni Rakyat 4 Julai 2009
Tak mengapa, Cakap Rakyat Group memahami kesibukan tugasan beliau sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.
Diharapkan dalam program Cakap Rakyat Group akan datang, Eli dapat bersama-sama untuk membuat persembahan.
Thursday, June 11, 2009
Malam Seni Rakyat 4 Julai 2009
Terima kasih kepada teman-teman yang membantu mempromosikan program yang akan berlansung kurang sebulan dari sekarang.
Diharapkan program ini akan mendapat sambutan agar dapat terus diadakan di seluruh negara.
Terima kasih sekali lagi dari Cakap Rakyat Group!









