Saturday, July 4, 2009

Malam Seni Rakyat di Kajang

Diambil dari sini.

Siri kedua program merakyatkan seni berjaya diadakan malam tadi di Kajang. Kehadiran yang memberansangkan meransangkan lagi keinginan untuk mengadakan program ini ditempat-tempat lain.

Insyaallah…sekiranya keadaan politik negara mengizinkan…program sebegini akan menemui rakyat disetiap pelusuk tanahair.

amin-dan-meor2

Amin Black dengan Meor membuat promo diluar dewan beberapa jam sebelum program bermula.

nik

Nik menyampaikan lagu “Revolusi” diawal persembahan.






mei-chern

Mei Chern menyampaikan dua buah lagu. “do you see me like you?” yang mengisahkan tentang perjuangan menjaga alam sekitar, dan sebuah lagu bertajuk “Api”, yang mengisahkan perjuangan seorang wanita bernama Shamsiah Fakeh.

rahmat

Rahmat Haron menyampaikan sebuah sajak panjang berjudul “Petroleum”

isham

Hishamuddin Rais bercerita tentang kisah-kisah politik semasa.

pyan

Pyanhabib mendapat tepukan bergemuruh dari penonton dengan sajak yang berjudul “Bapa ku seorang YB”

isa

Lagu yang paling diminati masa kini, “I.S.A” disampaikan oleh Meor, Nik, Rahmat, Kulup Sakah dan Amin Black.

pak-samad

Star of the night…Pak Samad Said dengan sajak-sajak tentang perjuangan mememartabatkan bahasa Melayu.

dsc00337

Cikgu Lee juga sempat menyampaikan sebuah puisi khas untuk Pak Samad.

dsc00318

Diantara penonton malam tadi.


8 comments:

  1. Program sebegini patut diadakan lagi selalu. It's great & awesome! Keep it up guys!

    P/S: Gembira sebab dapat ambil gambar dengan Rahmat Haron. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Inilah persembahan yang masih menitikberatkan unsur kronisme dan nepotisme. konon menyokong Pakatan Rakyat yang memperjuangkan penentangan terhadap kronisme dan nepotisme, tapi Cakap Rakyat lebih teruk daripada BN.

    Gua simpati dengan nasib member gua, Fafiz yang mau buat persembahan monolog di Kajang, monolog yang menyuarakan keluhan rakyat, tapi dinafikan haknya kerana dia bukannya kroni yang kuat bagi Cakap Rakyat.

    Pendek kata Cakap Rakyat ni sekadar gunakan nama rakyat kononnya mau bersuara atas nama rakyat, tapi Cakap Rakyat menafikan hak seorang penggiat teater yang mau berkongsi pentas bagi meluahkan keluhan rakyat bawahan macam dia.

    Cakap Rakyat memang zalim dan tidak berperikemanusiaan, tak bagi peluang kat orang lain yang mau kongsi perjuangan dengannya meluahkan keluhan rakyat.

    Hari ni member gua dikecewakan, esok-esok Cakap Rakyat pula dikecewakan. Setiap perbuatan ada balasan.

    ReplyDelete
  3. mat zain,
    saya simpati dengan anda, bukan kawan anda!
    Pn Sham telah suruh datang dulu di Giant Prima Saujana Kajang utk ditengok persembahan tapi tak datang...Kami terlalu sibuk utk ingat semua benda dan kontek semula, tapi tak datang. Memang kami perlukan sesiapa yg sudi megambil bahagian tetapi sehinggalah 2 hari sebelum show (2Julai) saya dihubungi oleh pihak anda tetapi saya sudah tak dapat beri lagi kerana interbiu bersama polis utk kelulusan permit telah dijalankan dan segala bentuk persembahan dan butir2 artis perlu dilaporkan seminggu awal. Pn Sham ditemuduga di balai polis dan satu demi satu butir2 perlu dijelaskan..
    kemudian saya suruh datang juga untuk kita berkenal2an dan berbincang program yang akan datang. Ini bukan persembahan malam unggun api pengakap, main tangkap muat je. Kalau silap satu hal, polis boleh batalkan dan masa depan program sebegini akan gelap. Bukan kami tak bagi peluang, jujurlah dengan kata2 anda.
    Kalau kata anda CRG pentingkan kroni anda silap besar kerana CRG adalah gabungan 'kami' sendiri. bukan dibiayai sesiapa atau mana2 agen. Kami buat proposal, kami panjat mana tempat cari dana, tiada kronisme. Dan yang kerjasama tolong kami pun kawan2 yg dikenal melalui blog tapi mereka rela berkhidmat dan jadi kawan. Apa masalahnya? Geng blogger Perak bukan kroni tapi persahabatan yg dibentuk menjadikan akrab dan saling2 bantu membantu menjayakan program masing2..
    ada seorang seniman dari banting telefon nak ambil bahagian tapi itu jugalah jawapan yg kami beri dan dia terima dengan baik. Kumpulan Usratika pun kami mahu libatkan diri, tapi tiada budget dan mereka hadir (walaupun terpaksa balik sebab anak mengamuk) bagi sokongan.
    Jeffri @ anak8 datang dari Perak nak buat persembahan tapi tak dapat juga.. Tahukah anda di dalam dewan itu berapa ramai SB dan polis? Kami dah biasa semua ni tetapi tak mau rosakkan seni dgn hanya silap kecil..
    kalau begini sikap anda yang terus mengecam walhal anda hanya kawan kepada kawan anda itu (ya ke?)bagaimana nak bekerjasama nanti?
    Cuba anda tubuhkan grup anda dan jayakan persembahan. Anda dan kawan2 anda tu kronikah?

    ReplyDelete
  4. Betul apa yang Kulup Sakah tu kata Mat Zain....

    Hang mana tau?
    Dia dan Puan Sham turun naik bangunan, gantung banner seluruh Kajang dan Bangi siang dan malam... Hang tau ke?

    Tak salah kawan kau nak perform, tapi sound lah awal sikit... Ini memang bukan program pengakap atau main unggun api...

    Lain kali, kenal-kenallah dulu.... Bila dah kenal... Bolehlah nak join akan datang... Ni tak, belum apa-apa dah merajuk.... Mcm bebudak.... Apo lah kau ni Mat Zain...

    ReplyDelete
  5. terus menghentam tak selesai mat zain..
    aku ada nombor hafiz tu. kalau ada masa lain nanti aku kontek. ada baik juga kalau kau tubuh grup sendiri dan kita sama2 bersaing sihat demi sebuah seni.
    tuduh kami pun tak de untung jugak! Telinga kami tebal..
    Yang penting kita mesti terus hidup!!

    ReplyDelete
  6. Sorang ahli usratika (member gua gak) siap cari parking susah2...last2 anak plak wat show dlm keta...

    Ana8 dak siap skrip sajak agaknya...tapi tak sempat wat show...

    Mat Zain aku rasa cara ko tak berapa betul...apa kata lain kali lebih kepada memberi cadangan atau buah fikiran!

    CRG lebih teruk dari BN tu...takutnya!

    ReplyDelete