Showing posts with label CRG Communication. Show all posts
Showing posts with label CRG Communication. Show all posts

Sunday, October 18, 2009

BERNYANYILAH DARI HATINURANI*

*Teks ucapan Pak A. Samad Said melancarkan album Meor Yusof Azidin, Dari Rakyat Untuk Rakyat

Malam ini saya rasa seniman coba mengimbangi kuasawan. Kita lebih melakukannya dengan kata-kata berbeda dengan kuasawan yang selalu melakukannya melalui dana.

Kata-kata selalunya “mengkhayalkan” sementara dana “memungkinkan”. Biar apapun peranannya, malam ini, peranan seniman mungkin lebih untuk sekedar “menyedarkan.” Terlalu ramai kuasawan yang terlupa, khususnya kuasawan yang sedang benar-benar berkuasa.

Tema utama kita tampaknya ialah “Dari Rakyat ke Rakyat”. Tapi, sebenarnya kita ingin berdialog dengan pemimpin—kita bercakap saja sesama sendiri, sesama rakyat.
Sebenarnya, kita menyanyi.

Dipercayai atau tidak sebuah lagu biasanya sebuah suara batin—suara dari batin—kejujuran dari batin. Dan malam ini, kejujuran dari batin coba menghantar reslitas masakini melalui lagu atau melodi yang lama terganggu. Ia penuh dengan rintih dan jerit; bisik dan raong. Tapi, isinya berlegar seputar ketidakadilan yang sedang berterusan—kepincangan masalalu (Fatehah Memali) dan ketimpangan masakini (Ikut Suka Aku—ISA).

Lagu-lagu sebondong ini terkadang tidak begitu melodius—lirik lebih nyaring daripada musik. Tapi, itulah kehidupan sebenar—real dan kasar—realitas yang sentiasa tidak melodius; yang melodius selalunya adalah khayalan.
Sebanyak 10 lagu terhimpun dalam album pedih ini, tapi kelahirannya memang petanda jujur bahawa masih terus ada duri siksa dalam masyarakat kita. Seniman membantah kepincangan ini.

Tentu saja akan ada setengah kuasawan yang menganggap bahawa album ini adalah serpihan propaganda. Benar juga—ia propaganda, tapi suara yang tulen. Ada propaganda melalui cogankata yang mendadak—cogankata (tahu-tahulah sendiri) yang sangat nyaring (atau memang dinyaringkan) kerana semua media utama (yang citak, yang letronik)—patuh (terkadang melampau) menjeritkan propaganda itu.
Ada bedanya antara propaganda institusi gergasi dengan propaganda jerit insan kecil. Yang perama sangat berazam diguruhkan; yang kedua sekedar berharap suaranya terdengar.

Di sinilah terletaknya album “Dari Rakyat ke Rakyat” oleh Meor Yusof Azidin (pada tempat-tempat tertentu disokong Black dan Rahmat Haron). Lagu-lagu dalam album ini adalah pesanan jujur (atau setingginya jeritan jujur) dari batin seniman yang sedang terdera—tersiksa oleh realitas hidup yang mendendangkan suara-suara bombas yang terlalu berat sebelah. Dan ingat, “pelampau” memang perlu diwaraskan. Keras yang buas perlu dilembuti tangan yang berhemah.

Lagu “Ikut Suka Aku—ISA” ini memang dengan mudah diselar sebagai propaganda politik kontemporer; sebaliknya, ia sebenarnya adalah jeritan masakini yang memang masih terus mendera.

Begitu juga lagu “Fatehah Memali” mudah diselar sebagai propaganda berhasrat. Padahal ia adalah jeritan semula masalalu yang tertimbus—atau ditimbus oleh kuasa lalu yang sangat gamam. Pemangsaan tidak pernah tidur nyenak; ia terpaksa bangun mewaraskan pemangsaannya. Makanya, lagu “Fatehah Memali” membangunkan yang tidur supaya dapat sama-sama mencari kejernihan, bukan meneruskan kekeruhan.

Sangat lama, malah sedang terus, kita didesak percaya bahawa insan Memali “gila”, kerajaannya yang waras ketika tercetusnya peristiwa. Jentera propaganda Kerajaan terlalu menekan dan menghukum ketika itu. Tapi, sekarang ini, generasi mudanya mula berupaya melahirkan iklim baru—yang salah wajar diperiksa. Mereka mencari kejernihan, bukan meneruskan kekeruhan.

Memangpun pada malam ini secara berdikit dan jujur, generasi muda ini ingin meluhurkan semula perjuangan. Masakini bukan lagi sepenuhmnya hak generasi lalu; masakini adalah lebih hak generasi kini.

Sokonglah “Dari Rakyat ke Rakyat.” Bernyanyilah dari hatinurani; bukan dari keangkuhan diri.—A. SAMAD SAID.

17 Oktober 2009.

catatan SampahSeni:
-Fatehah Memali dalam teks ini merujuk kepada lagu Syuhada Memali, lirik Amin Iskandar.
-Dari Rakyat Ke Rakyat merujuk kepada album Dari Rakyat Untuk Rakyat






Lagu ganti demonstrasi jalanan

Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)
Okt 18, 09
6:20pm


Jika desakan terhadap pemansuhan Akta ISA sebelum ini dilihat sinonim dengan demonstrasi jalanan, pendekatan terbaru Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melalui nyanyian dan persembahan pentas mungkin boleh mengubah persepsi itu.

Malam tadi, seorang penyanyi folk berbakat besar, Meor Yusof Aziddin mengambil inisiatif melagukan kritikan pedas terhadap akta itu di atas pentas GMI.

"Rakus, kau perkosa jiwa rakyat/kau rampas anugerah kurniaah Ilahi/apakah ertinya kebebasan di bawah belenggku kau/apakah ertinya kebebasan di bawah belenggu kau?

"Fitnah, kau lontarkan tohmahan kau/kaupalitkan arang ke mukaku/apakah ertinya maruah di bawah fahaman kau/apakah ertinya hak di bawah telunjuk kau?
" demikian senikata lagu ISA (Ikut Suka Aku) dipetik.

Dalam album Dari Rakyat untuk Rakyat (DRUR), Meor - penyanyi indie yang aktif dengan persembahan jalanan (baskin) - didokong beberapa penulis popular seperti Hishamudin Rais, Pyanhabib, Abdullah Jones dan Rahmat Haron yang tampil menyumbangkan lirik.

Beraksi hanya di sebuah dewan orang ramai di Kuala Lumpur malam tadi, program GMI kali ini berbeza sekali dengan pendekatan sebelumnya yang sering menganjurkan pidato politik yang berapi-rapi.

Di hadapan kira-kira 100 penonton yang hadir, Meor berjaya menyampaikan mesej tersiratnya dengan santai melalui dendangan lagu-lagu berentak catchy, antaranya, ISA (Ikut Suka Aku), Bapakku Seorang YB, Rakyat Bersatu dan Shuhada Memali.

Album propaganda

Sasterawan Negara A Samad Said, ahli parlimen ADUN Hulu Klang Saari Sungib, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan penyair terkenal Dinsman turut hadir.

Meor ketika ditemui Malaysiakini berkata, beliau tampil menampilkan album "propaganda" itu kerana turut tidak berpuas hati dengan akta ISA.

"Saya mahu meraikan pandangan rakan-rakan yang menulis lirik-lirik sebegini. Saya berkongsi pandangan dengan mereka. Selama ini tidak ada album sebegini dibuat.

"Kalau kita buka radio, hanya lagu-lagu yang sama juga dimainkan," kata anak kelahiran Perak itu.

Menurutnya lagi, setelah menghasilkan enam album, inilah kali pertama beliau merasa berpuas hati dengan hasil karyanya.

"Saya rasa inilah yang saya hendak lakukan. Ia selari dengan perkembangan semasa," kata peminat P Ramli itu.

DRUR memuatkan sepuluh lagu dan diterbitkan secara Do It Yourself (DIY) oleh pencipta dan penyanyinya sendiri. Buat masa ini, DRUR boleh didapati dengan menghubungi pengedarnya di talian 012-5901798.




Friday, October 16, 2009

T-Shirt DRUR


Sempena pelancaran album DRUR malam ini di Dewan MPAJ, AU2 pada pukul 8.00 malam ini, CRG Communication mengeluarkan T-Shirt DRUR.

Stoknya terhad. Terdapat dalam pelbagai warna seperti hitam, oren dan ungu.

Harga RM 30. Siapa cepat dia dapat.

Jumpa malam ini di Dewan MPAJ Au2!














Friday, October 9, 2009

Pelancaran Album DRUR


Majlis pelancaran album Dari Rakyat Untuk Rakyat (DRUR) oleh Meor Yusof Aziddin akan diadakan oleh CRG Communication dengan kerjasama Adun Hulu Kelang, YB Shaari Sungib dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI):



Tarikh: 17 Oktober 2009
Tempat: Dewan Serbaguna AU2, Taman Sri Keramat, Keramat.
Masa: 8.30 - 12 malam.

Majlis pelancaran ini akan mempersembahkan dokumentari "Al-Fatehah Memali", karya Rahmat Haron.

Selain daripada itu, ianya akan turut dimeriahkan oleh Datuk A. Samad Said, Kumpulan D Palang, Nik Binjidan, Amin Iskandar dan ramai lagi. Ada beberapa nama yang akan diumumkan kemudian.

Sila catatkan di kalender anda.
Jangan terlepas peluang untuk menghadiri program ini!

CRG Communication














Monday, October 5, 2009

Terima kasih daun keladi...

Updates 2

Seorang peguam yang sedang meningkat naik namanya turut membantu mempromosikan album DRUR. Klik disini. Penulis lirik "Bapaku Seorang YB" turut mengiklankan album DRUR disini.

Updates

Abdullah Jones, salah seorang penyumbang lirik dalam album DRUR turut membantu mempromosikan album DRUR. Klik disini. Begitu juga seorang sahabat dari Teluk Intan yang secara kebetulannya bernama Meor juga disini.

Anda bila lagi?

Posting Asal


Kawan-kawan dari beberapa laman web dan blog telah membantu mengiklankan album DRUR. Terima kasih daun keladi kami ucapkan.

Diantaranya ialah laman web Malaysia Today disini, Perak Express, Laman Marhaen, Tranungkite dan lain-lain lagi.

Tidak lupa juga kepada blog-blog seperti Sampahseni, Nikbinjidan dan blog-blog yang telah berjanji untuk membantu untuk mempromosikan album seperti Penarik Beca dan Tukar Tiub.

Diharapkan, penulis lirik lagu "Bapaku Seorang YB", Yang Berbahagia saudara Pyanhabib akan turut membantu mengiklankan album DRUR oleh kerana blog beliau amat popular masakini.

Sekali lagi, terima kasih daun keladi.

CRG Communication




Wednesday, September 30, 2009

Kelas Gitar CRG

Kelas gitar CRG masih telah dibuka seperti biasa selepas selesai Ramadhan.

Kami menawarkan pelajaran-pelajaran seperti basic guitar, chord progression, finger picking, plucking, solo dan pelbagai lagi.

Kelas akan diajar oleh Meor Yusof Aziddin yang lebih mesra dengan penggilan Meor. Beliau telah bermain gitar selama lebih 25 tahun.

Anda pasti akan merasa kelainan apabila belajar bersama kami. Tak percaya? Cubalah datang.

Jika ada yang berminat, sila hubungi Meor di 012-590-1798 atau email beliau di meor67@yahoo.com.




Remembering Memali: a Freedom Film Fest 2009 Competition winner

Thursday, 24/09/09 - 14:50PM Filed in Blog by zedeck Views: 972 Comments: 0Tags: KL, Kuala Lumpur, Malaysia, Freedom Film Fest, documentary, history

Past winners of the Freedom Film Festival (FFF) Film Competition include some stellar work. Look at Fahmi Reza's rousing Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, which explores a pre-Independence independence movement so buried most of us didn't know it existed.
Don't know whether the 2009 winners are any good, yet - but they certainly look intriguing. The poet, artist and dreadlocked Rahmat Haron's Al-Fatehah Memali, for example, has a great premise: it's a memorial of the 1985 Memali Massacre, through the eyes of two singer-songwriters.

Hang on. Memali?

Pay attention: on 19 November 1985, hundreds of police personnel, under then- Home Minister Tun Musa Hitam, laid siege to Memali, Kedah, on the grounds that a deviant Islamic sect, lead by one Ibrahim Mahmud, had infected the village.

The authorities wanted to arrest Ibrahim - a scholar who had previously appeared on national television to lecture on Islamic matters - under the Internal Security Act (ISA). He resisted. Revered by the local population, the confrontation between the police and Ustaz Ibrahim's followers ended in bloodshed: 14 civilians and 4 policemen dead.

Sound interesting? We got Rahmat to tell us more about his film:
~
Where did the idea for Al-Fatehah Memali come from? Why, out of the many forgotten Malaysian histories, choose Memali in particular?

I still remember watching RTM, when I was 8 years old, on that day. The images were so strong. They made me think: why were there heavy police deployments, with armoured vehicles, M-16s, the FRU? Were Ustaz Ibrahim Libya (as he was known) and the villagers of Memali so dangerous?

The government accused them of being deviant Islamic militants who wanted to overthrow the government. But this was without evidence. The police wanted to arrest Ibrahim under the ISA - as if there's no other way to detain him but to use the ISA. That means the government of that time had no valid reason to charge him in an open, free and fair trial.

Does your film intend to address the fact that so little of us know what happened there?

For me, I'm looking at Memali from the human rights perspective. The fact is they were not only religious martyrs, but martyrs who died in defence of human rights and democracy - to oppose ISA, even they have to sacrifice their own lives in the hands of the powerful.

There has been no Truth and Reconciliation Commission for the incident. There was a Parliamentary White Paper and an RTM1 documentary about the event - to present official versions as the only truth. The court case following the massacre was settled out of court, after they wanted to subpoena Tun Dr Mahathir Muhamad. The family of the 14 who died were given some RM20,000 - that was the price of their dignity.

Looking at Memali again will test the seriousness of the Najib administration - or any future administrations - that pledge to serve the interest of the people.

Why is the film angled from the perspective of singer-songwriters Meor and Black?

For me, this was the easiest way to put things together. They are my personal friends and I'm a big fan of them. Black wrote a song about Memali, titled Syuhada Memali. Meor composed the music. I like this song very much.

Even though the song was already completed before the idea of Al-Fatehah Memali came about, in this film I'm trying to tell the story of how Black and Meor unraveled the incident, while composing their song.






In the course of making this film, you spoke to residents of Memali. What was the most interesting personal story that you heard, while working on the film?

The story told by Puan Solehah Husin, the wife of Ustaz Ibrahim Libya. She told us about what happened, moments after Ustaz Ibrahim was shot. She didn't get emotional while telling us the story, at all - without a single teardrop.

I think that was amazing. Maybe her religious convictions taught her to be patient and calm. If I was a survivor of that event, I'd be crying and howling about all those grievances.
~
(Want to hear Puan Solehah's story? Al-Fatehah Memali premieres at Freedom Film Fest 2009 on Saturday, 3 October, 7pm, at The Annexe Gallery in Central Market. The FFF's KL leg runs from 2 to 4 October.)

Friday, September 25, 2009

D.R.U.R....


Setelah lama menunggu dan menunggu,melalui proses demi proses,kesana sini mencari duit untuk bikin album..akhirnya siaplah D.R.U.R..Dijangka siap untuk diedarkan pada 3hb 10 2009.Rakaman dibikin di ISEEKMUSIC STUDIO..Milik saudara Mokhtarizal,yang terletak di Subang Jaya.Edaran sepenuhnya dilakukan secara D.I.Y..jadi kita akan cergas bergerak untuk rangka-rangka promosi dan program dalam jangkamana yang terdekat.3hb 10 juga Meor terlibat dalam program Freedomfilm Fest,yang akan berlangsung di Annexe,Pasar Seni.Dan album D.R.U.R ,album-album Meor yang lainnya,Black dan Nik akan dijual disana.Nik baru saja mengeluarkan album barunya C4-LPPK...Album Black juga 'Hentikan Perang Sekarang'masih dijual..Semua stock CD boleh didapatkan melalui SMS Rahmat Haron(019-6492772) atau email sampahseni@gmail.com,Black(amin@aminiskandar.com) dan Meor sendiri(0125901798) atau email meor67@yahoo.com.harga jualan rm 20..Untuk penghantaran melalui pos boleh dibuat melalui email meor67@yahoo.com..Sila sertakan alamat untuk diposkan..Untuk kos penghantaran melalui Pos,kita menggunakan sistem perkhidmatan POS EKSPRESS.Kos penghantaran termasuk charge pos..rm 25(Malaysia) dan rm 30 jika diluar Malaysia.
Caranya bank in kan duit ke akaun :

MEOR YUSOF AZIDDIN MEOR HASSAN

CIMB:14410078931526

Sekian,terimakasih atas sokongan kawan-kawan semua

Meor Yusof Aziddin




Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri dari CRG Communication

Kami, warga CRG Communication yang terdiri dari Meor Yusof Aziddin dan Amin Iskandar, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua.

Ada satu berita baik kepada semua, Album Dari Rakyat Untuk Rakyat (D.R.U.R) akan berada dipasaran selepas raya ini. Sekarang didalam proses mixing dan mastering. Nantikanlah.....

Datu lagi, pelancaran album juga akan dianjurkan pada minggu pertama bulan Oktober. Kami akan meklumkan lokasi dan tarikhnya selepas confirm.

Dalam menyambut lebaran tahun ini, anda dinasihatkan menyimpan duit sekurang-kurangnya RM 20. Ini agar anda masih berpeluang untuk mendapatkan album D.R.U.R selepas raya ini.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua dari CRG.









Amin Iskandar,
Penerbit Eksekutif D.R.U.R.

Monday, June 29, 2009

Kelas Gitar

Cakap Rakyat Group (CRG) akan memulakan kelas gitar pada Julai 2009.

Kelas gitar ini fokus kepada "Gitar Akustik" atau lebih mesra dengan penggilan "gitar tong".

Antara yang boleh dipelajari dari kelas gitar CRG ialah:

1) Basic

2) Chords

3) Chords Progession

4) finger-picking

5) plucking patern

6) Strumming patern

7) menyanyi/mencipta lagu

8) solo gitar

Guru yang akan mengajar:

Meor Yusof Aziddin (Meor) seorang penyanyi dan pencipta lagu folk yang tidak asing lagi.


Waktu Kelas Gitar CRG

Isnin - Jumaat: 8 malam - 10.30 malam

Sabtu-Ahad: 10 pagi - 1 tengah hari


Bayaran pendaftaran: RM 20

Yuran bulanan: RM 120.00

Setiap sessi: 45 minit (seminggu sekali)

Yuran bulanan perlu dibayar setiap awal bulan (1hb-7hb)

ANDA PERLU MEMBAWA GITAR SENDIRI

Untuk pertanyaan lanjut, sila sms Meor di +6012-590-1798 atau email Amin Iskandar di amin@aminiskandar.com.

Untuk pendaftaran, sila hubungi Amin Iskandar di amin@aminiskandar.com.