Saturday, July 25, 2009

TERBARU DARI CRG!!

Pehhh!! Album DRUR- Meor masih tertangguh dan perlukan dana. Teruskan menderma!

Sementara itu produk terbaru kami!!
Album khas terbitan/nyanyian Meor nukilan puisi Sasterawan Negara A. Samad Said sudah terbit!
Cuma RM10 (tak termasuk kos penghantaran)

dan juga album Nikbinjidan! Dengarkan suara jantan macho Nik!
juga RM10!



Jangan menyesal! order sekarang!!

Wednesday, July 8, 2009

demonstrasi kartun!




Selasa 7 Julai KulupSakah ( ketika melukis kartun menyamar pula dengan nama Ronasina )bersama kartunis reformasi terkenal Zunar dan Jonos, penulis Syafiqsunny telah dijemput ke Sekolah Agama ILMI Taman Kosas Ampang untuk membuat demonstrasi kartun dan mengajar asas melukis kartun.
Sambutan cukup menggalakkan.
Sabtu 11 Julai kami akan ke Rumah Bakti Titiwangsa pula..




Tuesday, July 7, 2009

malamsenirakyat: sebuah catatan peribadi!

Catatan Kulup Sakah

wajar rasanya aku buat catatan ni kerana pilot project kami ni mencatat kejayaan yang cukup manis. Seperti kata Dalyanoon, "PUAS!" sampai kami tak de selera malam tu. Kenyang rohani!..Sebenarnya Pn. Sham lah yang memutar semua ni. Dari proposal dan susun budget, cari dana, meyakinkan Adun Kajang YB Cikgu Lee untuk menjadi penganjur bersama, menempah hotel, menggantung banner hinggalah menyusun kerusi. Ina uruskan catering. Kehadiran kawan2 sukarelawan seperti Dalyanoon, Rodzi Jawaher, Firdaus meringankan beban. Rosli, Syakir dan Nazri ( bertugas jadi drebar Pak Samad) serta geng2 Akil gantung banner sekitar Kajang, Hulu Langat dan Bangi.

6.30 ptg: budak sekolah ni melompat gembira nampak Pyanhabib dan nak ambil gambar. "Saya memang minat Pyanhabib. Btulke Pak Samad ada malam ni?"..dan budak ni terus stay dengan baju sekolahnya sampai malam.

geng blogger Network: MatSamanKati, Sya Reformis datang menyokong. Anje DugongDarat dan Sam Ahmad pun turut bersama rombongan.

Suboh Balakong (kanan sekali) menyingsing lengan membantu jual t-shirt dan CD Meor, Nik dan Black yang licin licau! Yang kiri (cacat penglihatan) dan tengah tu geng Isham Rais bermotosikal dari JB ikut jalan kampung semata2 nak tengok show ni. Aku terharu macam nak nangis!

Sempat bikin filim. Actioooonnn!!! kata director Rahmat Haron.

Babak Black dan Meor berlatar belakangkan Bangunan UMNO..tih tih tih!


Ina (incas katering) dan Rodzi Jawaher memaksa Pyanhabib mengikat banner tambahan depan dewan

Dalyanoon join sebagai sukarelawan tenaga kerja posing dengan Nik dan Pyanhabib.

Khalayak yang hadir, 200 kerusi tak cukup


kat atas bilik teknikal pun penuh!


sebagai MC, 5 minit awal aku mencari rentak dan mood penyampaian..














uncle Hee Kai, otai Kajang sengaja aku jemput kerana dia selalu menyanyi setiap kali berjumpa dengan aku. Lagu itulah "Bersatu Reformasi" dengan tiupan harmonikanya. Lagu yang senikatanya diubahsuai sedikit mengikut arus zaman ini pernah dinyanyikannya pada tahun 1956 di Old Port Kallang, Singapura sewaktu perhimpunan 100ribu menuntut kemerdekaan.



Sengaja aku letakkan Nik pada awal persembahan kerana aku tahu keupayaan Nik menghangatkan suasana yang masih sejuk. Nik berjaya malam tu..(siap pakai spek oo!). "Bersiaplah Untuk Sebuah Revolusi" dan "Nyanyian Para Malaikat"

Black dengan "Revolusi 48" dan anthem "Burhanuddin Helmi".


Aku tengok ramai yang tertarik mengambil foto bayang Rahmat sedang membaca sajak panjang bertajuk 'Petroleum". Memang cantik! Rahmat kena taruk dalam blog dia sebgai satu karya artistik!
Aku mengaku menSMS SB yang bertugas malam tu mengawasi seorang peminat fanatik yang mungkin di bawah pengaruh alkohol duduk di tepi tangga pentas. Aku khuatir dia merosakkan majlis. Sebaik saja Rahmat habis membaca sajak, dia sujud ke arah Rahmat.



Aku tak pernah jumpa Mei Chern sebelum ni walaupun dia berkolaborasi di dalam album DRUR Meor. Malam tu sekuntum bunga cina ini nyanyi lagu ciptaannya "Do You see me like You" dan AWAS API Perempuan itu (dedikasi untuk Shamsiah Fakeh) lagu Meor puisi Rahmat Haron


Hishamuddin "TukarTiub" Rais gegar dewan dengan stand up comedynya. Kah Kah Kah! (gelak dia)..kami sedikit berbincang kerana kami sama2 minat buat stand up comedy. Ruang kosong ni patut diisi dan dibangunkan kerana katanya penonton lebih terbuka menerima sesuatu yang panas dalam keadaan mereka ketawa. Mamat yang mabuk tadi mula sedikit bising setiap kali Hisham bagi punch dia akan sahut "f**k off!", "f**k off!"..mujurlah dia blah lepas tu. Ada yang kata dia menjerit kat luar! Pelik!

Nak kata apa lagi pasal Pyanhbib? "Apa khabar Samy Vellu apa khabar tol-tol di lebuhraya?" aku ingat sajak ni ada dalam filem Rozana Cinta 87 dan semestinya sajak "Bapakku Seorang Waibi" menggamatkan dewan.

Meor tenangkan dewan dulu dengan "Lagu Aman Lagu Damai" ciptaannya dan lirik Ubilepih. (Doa untuk ayah Ubi yang sakit, kalau tidak dia mesti datang dan saksikan detik ini). Nik juga tampil semula dengan lagu Terang Bulan sementara Black nyanyi "Anak bangsa Malaysia"


YB Kajang, Cikgu Lee Kim Sin sebenarnya dah baca sajak mula-mula acara tadi tapi sekali lagi bangun mengiringi Pak Samad dan baca sajak untuk Pak Samad yang dikarangnya spontan.


hohoho! Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said bikin khalayak terpukau dengan salah satu sajaknya "Peludah Bahasa".


lagu akhir malam tu, lagu panas yang selalu diminta walaupun album tak keluar lagi.."Syuhada Memali" dan "ISA".


Gua puas, Sham puas. YB tersengih lebar! terus rakamkan gambar dengan kawan2 dan yang lain2. Aku gembira Nora Reformis yang dah lama tak jumpa hadir dengan blogger Anuar Md. Nor (dulu web UMNO Reform), zaid, Arip, kak N dan abang Bad GMI, Hasni Abas s/u Gerakan anti PPSMI, Jasadbeku, otai Manjung, lawyer muda Fad dan Puspa pun ada..syafiqsunny AnwarIbrahimClub juga ada.
sedih juga Jeffri @ Anak8 tak dapat buat persembahan. Bukan tak bagi tapi ada sebabnya. Lain kali Insyaallah! Seniman tak boleh merajuk sebaliknya mesti berusaha kona ikut lain (belajar dengan Zunar bab ni)


..rehat selepas show. Pyan barangkali sedang menunggu adik comotnya datang.


Letih tapi puas. Aku sekeluarga tidur hotel terdekat kerana awal paginya aku terpaksa hantar Pak Samad naik komuter pulang. Ceh! Apa yang lebih menyeronokkan dapat bersarapan pagi dengan pak Samad dan isteri? Pak Samad seronok program malam tu berjaya, khalayak tak cabut awal malah terus setia hingga habis. Pak Samad juga bangga ramai anak muda begini!



Aku seronok kerana dapat sepentas dengan mereka seperti dua hari sebelumnya aku sepentas dengan IR Nizar.
Maaf terkurang, terima kasih yang membantu.Tak mampu aku ingat semuanya tapi kalian tahu siapa kalian.

* DVD akan terbit tapi agak mengambil masa sedikit. Pembuatnya terlalu sibuk.
( kepada yang menghubungi untuk join persembahan, maaflah! Jangan merajuk. Bukan ini satu saja program. Kita kena sama2 berusaha mencari ruang untuk program seperti ini terus bernafas. Hafiz Balakong, Mat Banting boleh jumpa nanti. kami juga mengalu2kan kumpulan lain menubuhkan grupnya sendiri dan mencari persembahan. Mungkin kita boleh bekerjasama nanti)

Saturday, July 4, 2009

Malam Seni Rakyat di Kajang

Diambil dari sini.

Siri kedua program merakyatkan seni berjaya diadakan malam tadi di Kajang. Kehadiran yang memberansangkan meransangkan lagi keinginan untuk mengadakan program ini ditempat-tempat lain.

Insyaallah…sekiranya keadaan politik negara mengizinkan…program sebegini akan menemui rakyat disetiap pelusuk tanahair.

amin-dan-meor2

Amin Black dengan Meor membuat promo diluar dewan beberapa jam sebelum program bermula.

nik

Nik menyampaikan lagu “Revolusi” diawal persembahan.






mei-chern

Mei Chern menyampaikan dua buah lagu. “do you see me like you?” yang mengisahkan tentang perjuangan menjaga alam sekitar, dan sebuah lagu bertajuk “Api”, yang mengisahkan perjuangan seorang wanita bernama Shamsiah Fakeh.

rahmat

Rahmat Haron menyampaikan sebuah sajak panjang berjudul “Petroleum”

isham

Hishamuddin Rais bercerita tentang kisah-kisah politik semasa.

pyan

Pyanhabib mendapat tepukan bergemuruh dari penonton dengan sajak yang berjudul “Bapa ku seorang YB”

isa

Lagu yang paling diminati masa kini, “I.S.A” disampaikan oleh Meor, Nik, Rahmat, Kulup Sakah dan Amin Black.

pak-samad

Star of the night…Pak Samad Said dengan sajak-sajak tentang perjuangan mememartabatkan bahasa Melayu.

dsc00337

Cikgu Lee juga sempat menyampaikan sebuah puisi khas untuk Pak Samad.

dsc00318

Diantara penonton malam tadi.


Friday, July 3, 2009

Malam seni rakyat di Kajang esok



Jimadie Shah Othman
Jul 3, 09
6:25pm

Sekumpulan seniman yang yang terlibat dengan gerakan reformasi 1998 akan bergabung tenaga dalam satu majlis khas malam esok untuk menyampaikan mesej kritikan politik dan sosial.

Lapan seniman tersebut akan menyampaikan bacaan sajak, lagu puisi serta persembahan komedi sebagai mengisi kekosongan "hiburan alternatif" di Malaysia untuk rakyat.

a samad saidSasterawan Negara A Samad Said yang terlibat mengerakkan demonstrasi behubung isu bahasa pada 7 Mac lalu, bekas aktivis pelajar sekitar 70-an Hishamuddin Rais dan penyair terkenal Pyanhabib, adalah antara yang akan menjayakan persembahan itu esok.

Manakala penyanyi Meor, Amin Iskandar, Mei Chern dan penyair Rahmat Haron akan turut membuat persembahan "Malam Seni Rakyat".

Amin, selaku jurucakap pihak penganjurnya - Cakap Group - berkata beberapa isu, antaranya bertemakan penentangan terhadap ISA dan sindiran terhadap konsep '1Malaysia' yang diilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disentuh.

Amin berkata, mereka menganjurkan program itu bagi menyediakan ruang kepada artis alternatif untuk menyuarakan hasrat rakyat yang jarang mendapat tempat dalam media arus perdana dan tidak diambil kisah oleh kerajaan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

"Di negeri Pakatan sekalipun, kita tidak nampak keseriusan untuk mengangkat hiburan alternatif. Mereka cuma hendak kitar semula artis lama yang sudah tidak laku di arus perdana," katanya

Menyifatnya perkara itu sebagai mentaliti Umno, Amin berkata, Cakap Group berharap, selain Kajang, ia dapat membuat persembahan yang sama di tempat-tempat lain di Selangor.

Hasil kutipan derma malam esok juga akan digunakan bagi membiayai penerbitan album reformasi - Dari Rakyat untuk Rakyat - yang kini sedang dalam pembikinan, katanya.

Malam seni rakyat - yang dianjurkan bersama Pejabat ADUN Kajang - akan berlangung di Dewan Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, bermula jam 9 malam. Masuk adalah percuma.

Ditubuhkan pada Disember tahun lalu, Cakap Rakyat merupakan gabungan longgar beberapa seniman bagi menyuarakan isu-isu rakyat melalui wadah seni.





Thursday, July 2, 2009

ESOK: Malam Seni Rakyat

Esok bersamaan dengan 4 Julai 2009 pada pukul 9 malam akan diadakan "Malam Seni Rakyat" di Dewan Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (belakang Stadium Kajang).

Karyawan-karyawan seperti didalam poster.
Jika anda tak tahu apa nak buat malam minggu ni, datanglah beramai-ramai. Bawak kawan
dan keluarga!